
Sir Alex Ferguson tenang mengakui pasukan MU mudah ditewaskan oleh Barca yang merupakan pasukan yang lebih baik di Final Liga Juara-Juara Eropah musim 2008-2009.
United yang merupakan juara bertahan, tewas 2-0 di Rom dan dibayangi untuk hampir keseluruhan perlawanan oleh juara liga Sepanyol itu.
"Lionel Messi bukan masalahnya, Xavi dan Andres Iniesta memegang bola sepanjang perlawanan dan menjadikannya sukar untuk kami," kata Alex.
Ferguson juga menjelaskan tindakannya membawa masuk penyerang Carlos Teves untuk Anderson yang tidak efektif pada separuh masa kedua.
"Saya membawa masuk Teves kerana saya membuat pertarungan meletakkan kedua-dua mereka (di bahagian tengah)," kata Alex.
Manakala Wayne Rooney berasa sedih dengan kekalahaan pertama United di final Piala Eropah, dia merujuk Iniesta sebagai kunci kepada kejayaan Barca.
Bagaimanapun kapten United, Ryan Giggs berpendapat pasukan MU lebih banyak peluang berbanding Barca, namun lawan mereka itu berhak menerima kemenangannya.
"Ada masanya Barca boleh membuatkan anda nampak terhegeh-hegeh kerana mereka memegang bola dengan begitu baik," kata midfileder veteran yang beraksi di final Piala Eropah untuk kali ketiga
5 Malam Terburuk Eropah Untuk Man Utd...
- Sporting Lisbon 5 Man Utd 0 (agg 6-4), Piala Juara antara Juara, suku akhir, 18 Mac 1964
- Atletico Madrid 3 Man Utd 0, Piala Juara Antara Juara, perlawanan pertama pusingan kedua, 23 Okt 1991
- Barcelona 4 Man Utd 0, Liga Juara-Juara, peringkat kumpulan, 2 N0v 19994
- Man Utd 4 Real Madrid 3 (agg 4-6), Liga Juara-Juara, perlawanan kedua suku akhir, 23 April 2003
- AC Milan 3 Man Utd 0 (agg 5-3), Liga Juara-juara, perlawanan kedua separuh akhir, 2 Mei 2007


No comments:
Post a Comment