Monday, June 22, 2009

Jurgen Klinsmann


Klinsmann ialah bekas pemain dan pengurus Jerman yang pernah bermain untuk beberapa kelab di Eropah dan sebahagian dari pasukan Jerman yang telah memenangi Piala Dunia 1990 dan Kejohanan Eropah 1996. Beliau antara penyerang utama pasukan Jerman pada tahun 90-an.
Klinsmann memiliki karier antarabangsa yang cemerlang dengan mengutip 108 cap (kedua tertinggi selepas Lothar Matthaus). Klinsmann menduduki tempat kedua dengan 47 jaringan gol di belakang Gerd Muller yang menyumbang 68 gol.

Beliau juga pemain penting dalam pasukan Jerman yang memenangi final Piala Dunia 1990 (3gol), 1994 (5 gol) dan 1998 (3 gol). Beliau ialah pemain pertama yang menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia dan kemudian disertai oleh Ronaldo (Brazil).

No comments:

Post a Comment