Sunday, June 21, 2009

Rivaldo


Rivaldo diiktiraf sebagai antara pemain terbaik Brazil sepanjang zaman yang ketika ini mewakili Bunyodkor, menerusi kontrak jutaan dolar, di Liga Uzbek. Beliau diingati kerana bermain selama 5 tahun dengan Barcelona, kelab di mana beliau memenangi Liga Sepanyol tahun 1998 dan Copa del Rey tahun 1998.
Di antara tahun 1993 dan 2003, Rivaldo bermain dalam 74 perlawanan dan menjaringkan 34 gol untuk pasukan kebangsaan Brazil yang memenangi Piala Dunia 2002. Seorang midfielder serangan, beliau terkenal kerana keupayaannya merancang permainan selain menjaringkan gol. Beliau juga terkenal kerana tendangan basikalnya (bicycle kick).
Beliau telah dianugerahkan anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dan Pemain Terbaik Eropah Tahun 1999. Beliau telah dinamakan oleh Pele sebagai salah satu daripada 125 Pemain Terhebat Yang Masih Hidup di Majlis Ulang Tahun ke-100 FIFA pada tahun 2004.

No comments:

Post a Comment