Monday, June 22, 2009

Roberto Carlos


Roberto Carlos ialah pemain bola sepak Brazil yang kini mewakili kelab Turki, Fenerbahce, biasanya bertindak selaku bek kiri serangan. Carlos merupakan ahli pasukan Brazil yang beraksi di tiga kejohanan Piala Dunia, membantu pasukannya mara ke final edisi tahun 1998 dan memenangi kejohanan tahun 2002. Beliau juga terkenal kerana sepakan percumanya yang padu.

Sebelum menyertai Fenerbahce, beliau bermain untuk Real Madrid selama sebelas tahun, memenangi 4 gelaran liga, 3 trofi Liga Juara dan 2 Piala Intercontinental. Beliau juga adalah antara hanya enam pemain yang telah bermain lebih daripada seratus perlawanan Liga Juara-Juara sehingga Februari 2008.

Beliau menduduki tempat kedua di belakang rakan senegaranya, Ronaldo untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA 1997 dan telah dinamakan sebagai antara 125 pemain terhebat dunia oleh Pele pada Mac 2004. Encyclopedia Britannica mengiktiraf Roberto Carlos sebagai pemain paling cemerlang mengisi posisi bek kiri.

No comments:

Post a Comment